Kembali ke Alam Realiti...
Peperiksaan pertengahan tahun dan cuti sekolah telah pun berlalu. Amboiiiii!!! Begitu cepat masa berlalu. (Masa berlalu, tanpaku menyedari... Lagu Nora) Diam tak diam, kita hampir sampai ke bulan Julai. Sewaktu cuti sekolah, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti, mengulangkaji dan mengeratkan silaturrahim. Sekarang, penggal 3 sudah kunjung tiba. Jika diamati, pergerakan tenaga guru semakin meruncing. Dari 5 guru, kini tinggal 4 guru sahaja. Haiz..... Nak mengeluh pun tak sempat. Tahu2 sahaja, guru2 lain terpaksa menyerap jadual waktu yang baru. Kasihan kita. Kalau sesiapa yang sudi untuk menjadi guru di Sekolah Menengah Siglap, sila pergi ke lelaman 'open posting' dan mendaftar. Cikgu Aishah Jr. kami akan ke NIE Julai ini. Kasihankanlah kami yang kurang tenaga kerja. Ishk, ishk..
0 Comments:
Post a Comment
<< Home