remajaidaman

My Photo
Name:
Location: Singapore, Singapore

Sunday, April 26, 2009

SYF 2009

Look out for updates...

Monday, March 16, 2009

Siglap Cross Country 2009


Pada tanggal 13hb Mac 2009, Sekolah Menengah Siglap telah mengadakan acara Berlari Rentas Desa (Cross-Country). Acara itu diadakan di Taman Pasir Ris, dekat dengan tempat meletak kereta A. Setelah lebih kurang 5 tahun Siglap tidak mengadakan acara itu, akhirnya, pada tahun ini, ia dikembalikan semula atas permintaan ramai. Sungguh seronok melihat para pelajar berlumba-lumba berlari untuk mendapatkan pingat untuk kelas masing-masing. Para guru juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian. Antara yang berani untuk turun padang ialah Cikgu Abidah, Puan Zubaidah, Encik Ves Chee dan Encik Encik Yam. Mereka begitu bersemangat dan masing-masing pulang dengan membawa pingat yang begitu bermakna.



Apa yang dapat diperhatikan juga, kebanyakan pemenang (top 10) dari kategori pelajar lelaki digondol oleh pemain bola sepak Siglap. Untuk pelaja perempuan pula, Nurin dari kelas 4N2 telah merebut pingat Johan. Kelakonannya amat membanggakan..Syabas kepada semua!!







Sunday, March 01, 2009

CEST LA VIE 2009

Cest La Vie, acara dwi- tahunan ini , telah diadakan pada tanggal 28hb Feb 2009. Rata-rata 300 pelajar dari kumpulan ko-kurikular Kesenian telah mengambil bahagian dalam acra gilang-gemilang ini. Buat julung-julung kalinya, para guru telah diminta untuk mempersembahkan salah satu acara. Bayangkan gamatnya seisi Teater Victoria dengan ragam guru yang pelbagai memainkan dram, gendang sambil menari mengikut (ada juga yang tak ikut.. haha!) rentak. Seronok para penonton yang ramainya terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah Siglap menyaksikan acara-acara yang disajikan. Antara yang menarik, koir telah menyanyikan sebuah lagu yang berjudul 'Dancing Queen'. Kumpulan itu telah menari mengikut rentak lagu itu sambil menyanyi. Penyanyi solo lagu itu, Wan Mahsuri, telah mendendangkan serangkap lagu itu dengan baik sekali. Syabas, Wan! Begitu juga dengan tarian Fusion yang ditarikan oleh bekas pelajar Siglap yang tidak jemu-jemu untuk kembali ke sekolah untuk menggembleng tenaga demi menjayakan CLV ke-lima ini. Saksikan gambar-gambar di bawah ini....






















Sunday, February 08, 2009

CCM (Conversational Chinese Malay)

Program ini telah dimulakan pada tahun 2005. Kini seramai 400 pelajar sedang menjalaninya di peringkat Menengah 1 dan 2.

Friday, January 30, 2009

Keputusan Peperiksaan Peringkat O

Beberapa minggu yang lepas, keputusan peperiksaan peringkat O telah diumumkan. Ramai daripada pelajar Siglap telah lulus dengan cemerlangnya. Syukur Alhamdullilah. Berkat usaha dan doa, mereka berjaya ke tahap selanjutnya.

Ucapan khas untuk pelajar cemerlang menengah 5 - Sharifah Humairak dan Roziella. Masing-masing mendapat gred A1 untuk BM dan merangkul lebih daripada 3 A1 utk mata pelajaran yang lain. Kalau ada orang kata yang pelajar 5N tidak akan mendapat markah cemerlang - kedua pelajar ini telah pun membuktikan yang tanggapan itu salah. Kini, kedua-duanya telah bermohon untuk memasuki maktab rendah.

Begitu juga dengan pelajar2 4E. Antara yang mendapat gred terbaik adalah Rauhdah, Sharifah Humairah, Nuraini, Syafaton, Nurul Jannah. Begitu juga dengan Alim (Belanga). Alim meraih 2 gred A1 - satu untuk Ilmu Hisab dan satu lagi untuk Sains. Phuii! Handal sungguh. Cikgu betul2 bangga dengan perkembangan ini.

Gambar2 yang dipetik oleh Mr Joe masih lagi bersemadi dalam 'dry box' (tempat simpan camera). Haiz.. Hari2 dikejar agar gambar2 tersebut dapat dimuatnaikan untuk kegunaan semua tetapi dia masih sibuk untuk berbuat demikian.

Makanya, harap bersabar. Gambar2 itu akan ditempelkan di sini, insya Allah.

Hari ini juga, pelajar2 ini akan mendapat 'posting' mereka. Pada entri minggu depan nanti, Cikgu akan sertakan perkembangan pelajar2 Siglap ini, ok? Sekian...

Tuesday, September 18, 2007

Bulan Puasa dan Ragam Manusia

Hari ini, genaplah 6 hari kita semua berpuasa. Kita telah pun berbincang panjang lebar di dalam kelas mengenai isu ini. Kini, giliran pelajar pula untuk memberikan buah fikiran dan pendapat. Pelajar bolehlah menggunakan soalan2 di bawah ini untuk membantu dalam penulisan.

1) Mengapakah kita berpuasa?

2) Di Malaysia, jika ada sesiapa yang ditangkap culas berpuasa, mereka akan didenda atau dimasukkan ke dalam lokap. Haruskah Singapura mengikut jejak yang sama? Jika ya/tidak, berikan alasan.

3)Apa tanggapan anda mengenai petikan akhbar "USAH CEMARI RAMADAN DENGAN SIKAP 'TAK TAHU MALU' " yang pernah dibincangkan di dalam kelas?

4) Sebagai belia, apakah yang boleh anda lakukan untuk menggalakkan remaja2 untuk berpuasa?

Sila buatkan satu respons/entri (lebih kurang 200 perkataan dalam blog masing2)

Monday, August 27, 2007

Kefahaman Subjektif untuk 4E/5N/4N

Murid2 yang dihormati,

Sila habiskan kerja rumah ini. Ini terdapat di booklet Penggal 3 yang doedarkan tempoh hari. Bagi yang kurang pasti, boleh menghubungi saya. Anda diminta untuk menghabiskan kefahaman subjektif pada ms 7-8. Buatkan dalam kertas fulskap. Anda juga boleh menghantar kerja anda melalui emel saya - fatris2@hotmail.com. Semua kerja harus berada di meja saya selewat-lewatnya, Khamis ini (30hb Ogos 07).

Buat hah.. Jagn tak buat!!!

Friday, August 17, 2007

ARAHAN UNTUK SEMUA MURID

Murid2 diminta untuk menghantar semua fail. Satu pemeriksaan fail akan dijalankan pada hari Selasa (21hb Ogos 2007) Sila letakkan fail anda yang sudah siap disusun, dibuat semua pembetulan dan lengkap pada kelas masing2. Sila lihat jadual di bawah.

3 Ekpres - Sila letakkan di dalam almari, di belakang kelas 3E3.
4 Ekspres - Sila letakkan di dalam almari di belakang kelas 4E2
4 Normal - Sila letakkan di dalam almari di belakang kelas 4N3

Murid yang tidak menghantarkan fail tepat pada waktunya akan dikenakan tindakan tatatertib. Saya menggesa anda untuk bekerjasama.

Thursday, July 26, 2007

Cikgu Lat Pergi Melawat Kwn2 Anda di Tmn Haiwan!!

Setelah puas saya mengajar sahabat2 kepada mergastua di Sek Men Siglap, hari ini, saya akan ke Taman Haiwan Mandai pula(sebab nak tengok yang asli). Jadi, saya telah mengamanahkan Cikgu Rugiah (yang cute2, yang manis2, yang comel-loteh) untuk membawa anda ke makmal ini atas tujuan memasukkan satu lagi entri dalam blog anda. Sila teliti soalan di bawah ini dan tuliskan pendapat anda dalam 200 perkataan. Lebih tak apa - jangan kurang!! :)

Boy Zip (Razeef)! Awak hutang saya satu blog baru dan 3 entri(termasuk yang ini). Jgn eksyen tak tahu ah!!

Soalan hari ini : -

Budi pekerti yang baik itu lebih penting daripada paras rupa yang elok. Setujukah anda dengan pendapat ini? Jika tidak/ya, mengapa?

Selamat bertugas!!

Khas untuk Murid2 3 Ekspresku Sayang.....

Hari ini, seperti yang telah dibincangkan dalam kelas dengan tuntasnya, mengenai isu HOTA atau pendermaan organ, anda semua diminta menuliskan satu entri mengenai isu tersebut. Anda juga boleh gunakan senarai soalan di sini untuk membantu anda. Tapi, kalau ada apa2 yang perlu diketengahkan, dipersilakan. Yang penting, saya ingin melihat dan membaca pendapat anda ttg perkara ini.

Pendermaan organ. Mahukah anda menjadi seorang pengikrar?

Apakah pendapat anda ttg fatwa MUIS yang membenarkan orang Islam Singapura mengikrarkan organ mereka?

Patutkah orang Islam diletakkan dalam sistem HOTA skrg?

Apakah sebenarnya yang menghambat orang Islam Singapura dari menderma/mengikrar organ mereka?

Sekiranya anda mempunyai seorang saudara Islam yang memerlukan pemindahan organ, mahukah anda mendermakan organ anda?

Pastinya anda sudah bertanyakan ttg ikrar organ kepada kedua orang tua anda. Apakah pandangan mereka ttg isu ini?

Setelah perbincangan dengan guru dan teman2, kini, mahukah anda mendermakan organ anda? Jika ya/tidak, kenapa?

Wednesday, June 27, 2007

Kembali ke Alam Realiti...

Peperiksaan pertengahan tahun dan cuti sekolah telah pun berlalu. Amboiiiii!!! Begitu cepat masa berlalu. (Masa berlalu, tanpaku menyedari... Lagu Nora) Diam tak diam, kita hampir sampai ke bulan Julai. Sewaktu cuti sekolah, pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti, mengulangkaji dan mengeratkan silaturrahim. Sekarang, penggal 3 sudah kunjung tiba. Jika diamati, pergerakan tenaga guru semakin meruncing. Dari 5 guru, kini tinggal 4 guru sahaja. Haiz..... Nak mengeluh pun tak sempat. Tahu2 sahaja, guru2 lain terpaksa menyerap jadual waktu yang baru. Kasihan kita. Kalau sesiapa yang sudi untuk menjadi guru di Sekolah Menengah Siglap, sila pergi ke lelaman 'open posting' dan mendaftar. Cikgu Aishah Jr. kami akan ke NIE Julai ini. Kasihankanlah kami yang kurang tenaga kerja. Ishk, ishk..

Sunday, May 06, 2007

GEMA TIMUR '07

Pada tanggal 14hb April 2007, sekolah kelompok E3 telah menganjurkan satu peraduan puisi untuk murid2 sekolah menengah E3. Sekolah-sekolah dalam kelompok yang sama ialah Sek Men Siglap, Sek Men Dunman, Sek Men Junyuan, Sek Men East Spring dan Sek Men Springfiled.

Peraduan ini ada 3 kategori - Penulisan Sajak, Sajak Maya dan Pendeklamasian Sajak. Sukacita saya umumkan bahawa Sek Men Siglap telah menggondol 3 buah hadiah utama. Pelajar dari menengah 4N3, Anja Asmara, telah merebut hadiah ketiga dalam penulisan sajak. Sebanyak 30 orang peserta telah bertanding dalam kategori ini. Maka, kemenangan Anja adalah sesuatu yang dapat dibanggakan.

Dalam peraduan mendeklamasi sajak pula, Sek Men Siglap telah merebut 2 hadiah utama. Sharifah Humairah dari menengah 3E3, telah mendapat hadiah Naib Johan sementara kawan karibnya, Rauhdah telah mendapat tempat pertama, iaitu, Johan keseluruhan. Syabas diucapkan pada dua sahabat ini yang telah mengharumkan nama sekolah!

Jutaan terima kasih juga kepada para penyokong dari menengah 3 ekpres yang telah datang berduyun-duyun ramainya untuk memberikan sokongan padu. Begitu juga pada abang-abang kacak (hensem!) dari menengah 4N - Faiz Imran, Md Nasri dan Andy Ali kerana telah sudi menyerikan majlis dengan acara selingan. Mereka bertiga ini berakustik dan mendendangkan lagu 'Bukan Kerana Nama'. Bakat anda bertiga memang menyerlah.

Syabas kepada pelajar-pelajar ini. Semoga sekolah kita akan terus-menerus memenangi peraduan-peraduan seperti ini.

Friday, March 23, 2007

Program Pengayaan Bulan Mac '07



Pada tanggal 12hb Mac, Sekolah Menengah Siglap telah mengundang Cikgu Naim Daipi untuk menjalankan program tersebut. Seramai 158 pelajar dari menengah 4E/4NO/5N telah menghadirinya.

Cikgu Naim telah berkongsi pengalaman beliau dalam penulisan kreatif dan tips2 untuk menulis karangan naratif dalam peperiksaan. Program selama sehari itu telah banyak dimuatkan dengan aktiviti2 penggunaan bahasa bukan sahaja dalam bidang penulisan, malah dalam bidang pertuturan juga. Murid diminta tampil ke hadapan untuk memberikan pandangan mereka ttg sesuatu topik.

Ternyata pelajar2 Siglap telah memanfaatkan masa mereka dari jam 8 pagi sehingga 4 petang. Pada mulanya, ada yang rasa jengkel dengan had waktu yang begitu panjang. Lagi pula dibuat dalam cuti sekolah. Namun, apabila diamati borang penilaian mereka, nampaknya pelajar2 kami mengakui yang mereka dapat meraih banyak panduan peperiksaan dan ada yang terangsang untuk menghasilkan novel!!

Syabas Cikgu ucapkan. Semoga usaha2 kecil ini akan memberi ruang pada pelajar untuk terus melestarikan penggunaan Bahasa Melayu.

Jutaan terima kasih pada Cikgu Naim Daipi kerana telah banyak membantu para guru di Siglap dengan kata rangsangan dan panduan2 yang bernas. Budi Cikgu tidak dapat kami balas.

"Bengkel ini akan menolong saya membuat krgn saya dengan lebih berfokus dan mudah kerana Cikgu Naim telah mengajar beberapa cara untuk memperbaiki krgn saya. Saya harap bengkel ini akan diadakan lagi." -Faiz Zubair (4N2)

"Saya rasa bertuah sekali dengan kehadiran Master Teacher, Cikgu Naim. Saya rasa lebih yakin untuk menulis" - Yazid (4E2)

"Bengkel ini sungguh meriah kerana Cikgu Naim pandai buat kelakar. Pada mulanya, saya khuatir saya akan tertidur. Tapi ternyata, tidak!!" - Nasri (4N3)

"Tidak seteruk dan sebosan seperti yang saya bayangkan. Saya suka dengan cerita2 Cikgu Naim kerana ia berjaya menangkap perhatian kami yang hampir hendak terlena"
- Iskandar Shah (4N3)

"Saya sedar kini bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca. Slaid2 yang digunakan juga amat berguna" - Arif Alias (4E3)

"Saya syorkan bengkel ini diadakan lagi seminggu sebelum peperiksaan O"
- Firdhaus (5N2)

Monday, February 26, 2007

TAHUN BARU CINA 2007


|

Jumaat yang lepas, Sekolah Menengah Siglap telah mengadakan satu perayaan besar-besaran Tahun Baru Cina. Untuk menyemarakkan lagi suasana hari itu, kami turut menyambut Hari Pertahanan Awam atau Total Defence Day. Apa lagi?! Terpaksalah guru2 yang mahu mengenakan pakaian cheongsam membawa baju salinan - satu untuk berlari2 menyelamatkan nyawa dalam 'kebakaran' dan satu lagi untuk bergaya di dewan sekolah. Beberapa orang guru juga telah menjadi pragawan dan pragawati (untuk sehari). Macam nak gamat dibuatnya!!

Monday, February 12, 2007

bENgkeL sAIL di sIGLap ..2007




Baru-baru ini, Sekolah Menengah Siglap telah mengadakan satu bengkel SAIL. Bengkel selama 2 hari ini dikendalikan oleh Jabatan Bahasa Melayu di bawah kelolaan Cikgu Hajjah Latifah. Seramai 21 guru menyertai bengkel ini. Pada akhir bengkel ini, guru-guru diminta membuat satu lakaran rancangan pengajaran. Sememangnya para guru kita mampu menjalankan pengajaran menggunakan kaedah SAIL kerana hasilnya sungguh memberangsangkan. Semoga pelayaran selanjutnya akan lebih bermakna...

Friday, February 09, 2007

Keputusan Peperiksaan Peringkat 'O' 2007




Alhamdullillah dan syukur ke hadrat Illahi. Atas berkat doa dan kerja keras guru-guru dan pelajar-pelajar Siglap, tahun ini, sekolah kami meraih 24 markah kepujian dalam Bahasa Melayu. Tahniah kepada Cikgu-Cikgu yang berdedikasi dan tekun. Tahniah juga pada pelajar-pelajar yang telah berjaya. Mudahan-mudahan kejayaan ini akan terus berpanjangan. Sesungguhnya yang baik itu milik Allah(swt) dan yang kurang sempurna itu dari kami. Insya Allah

Thursday, October 26, 2006

SeLaMaT HaRi RaYa

Tuesday, September 26, 2006

TahNiAh HaDy MirZa


Tuesday, September 19, 2006

AkTiViTi BaHaSa



PIRAMID MINDA & PROJEK SELAMATKAN HAIWAN


Monday, September 18, 2006

DERMA ORGAN



Tuesday, August 29, 2006

SeLaMat HaRi GuRu


CIKGU HAJAH LATIFAH BTE OSMAN
& CIKGU NORAISYAH BTE MUSTAFA
JUGA KEPADA
CIKGU SHADIAH SYED HAIDER
& CIKGU DIAN

Monday, August 14, 2006

TahNiaH PelajaR SigLaP

Tahniah Kepada Pelajar Siglap Yang Mendapat Grade A Untuk Kertas Bahasa Melayu Pertengahan Tahun 2006

NURSHANAA BTE SUKIMAN,
AYUNI ANIS BTE ABBAS,
NATASHA,
RASHIDAH BTE ROSLAN,
NORIDAYU BTE BORHAN
NORAINI BINTE MOHD AZAHA,
SITI NURFATIN BTE MD ZIN,
MOHD AL-HAFIZ,
MUHAMMAD ASYRAF B MAZLAN,
MELATI IDAYU BTE ZAINAL

Wednesday, July 26, 2006

LaGu BuLan BaHaSa

Tuesday, July 25, 2006

JanJi MeLaYu JanJi JaWa

Apabila kita berjanji kita perlu menunaikannya. Kata orang LEMBU DIPEGANG PADA TALINYA, SEMENTARA MANUSIA DIPEGANG PADA MULUTNYA. Manusia yang tidak mengotakan janjinya dikatakan MUNGKIR JANJI ataupun LIDAH BERCABANG BAGAI BIAWAK. Akibatnya orang tidak akan mempercayai kita selama-lamanya. TELAJAK PERAHU BOLEH DITARIK, TELAJAK KATA BURUK PADAHNYA. Oleh kerana itu hayatilah pantun dua kerat ini – SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT BADAN MERANA. Jika kita tidak dapat menunaikan janji, berterus teranglah atau meminta maaf jangan bersikap MENEGAKKAN BENANG BASAH. Tepatilah masa perjanjian, kata bijak pandai SEMBAHYANG DIBERI BERWAKTU, JANJI DIBERI BERKETIKA. Jangan sampai terdengar sindiran gurauan JANJI MELAYU atau JANJI JAWA. Kerana sesungguhnya sifat manusia YA, SEPANJANG HARI, JANJI SEPANJANG JALAN. Apabila JANJI SAMPAI, SUKATAN PENUH, itulah janji Allah kepada kita, tidak lebih atau kurang walau sesaat. Oleh itu tepatilah janji.

Wednesday, June 28, 2006

PerAduAn MeReKa BloG


Rebutlah Peluang Mereka Blog Dalam Bahasa Melayu
Bersempena Bulan Bahasa 2006
Sila Klik Di Bawah Untuk Butiran Lanjut

Wednesday, May 03, 2006

HaRi IBU




Tuesday, April 25, 2006

IBU MITHALI 2006

Pada 14 Mei adalah hari pengharGaan kepada semua wanita yang berStatus Ibu dan dikenali sebagai Hari Ibu Sedunia. Di Singapura Pihak JamiYah mengadakan pemilihan IBU MITHALI setiap tahun. Kenapa IBU ANDA layak mendapat ANUGERAH pada tahun ini - 2006. Berikan 10 SEBAB kenaPa ibu Anda LAYAK MeneriManya.

KarYa TerBaik : Menyentuh PeRaSaan : Sila Klik Pada

Hidhub dan Gadis Permata Biru

Wednesday, April 19, 2006

Ujian Lisan 5N

Friday, April 14, 2006

perADUan berDAILOG 2006


KEPUTUSAN
PERADUAN BERDIALOG KELOMPOK E3 2006
ANJURAN
SEKOLAH MENENGAH SIGLAP

JUARA : SEKOLAH MENENGAH EASTSPRING
NAIB JUARA : SEKOLAH MENENGAH SIGLAP
KETIGA : SEKOLAH MENENGAH JUNYUAN
LAKONAN TERBAIK : NURSAKINAH (SIGLAP)
PALING KREATIF : MD RAZEEF (EASTSPRING)




Sunday, April 02, 2006

4e1 4e2 4e3

PERBUALAN 1


PERBUALAN 2

Friday, March 31, 2006

REMAJA LIAR ?

Si BongKok

Tuesday, March 28, 2006

Ujian LISAN 1

Create your own video at One True Media

Friday, March 24, 2006

PelAJAR 5n - 2006

UJIan lisAN 4e4 4e5

KontrOVERsi 4N'O'

Wednesday, March 01, 2006

keNAKALan REmaJA

Friday, February 24, 2006

Leftenan ADNAN

Thursday, February 16, 2006

eMPaT SaHaBaT

SuDuT BuDAYA



Friday, February 10, 2006

MaDU TiGA

Thursday, February 09, 2006

DeMAM BuRUNG

TiPAH TerTIPU TiPAH

RAHSIA REMAJA 1



RAHSIA REMAJA 2



RAHSIA REMAJA 3

Friday, February 03, 2006

Ju Rang Ge Ne Ra Si

Kuih BuLan

Sunday, January 29, 2006

Bong Kok Di A Lam Bu Nian

Oleh Oleh CikGu RoSiTah



SUDUT BUDAYA

PuiSi Di TemBuk BeSar CiNA

Selamat Datang

Selamat Datang Ke Lelaman RemajaIdaman