CEST LA VIE 2009
Cest La Vie, acara dwi- tahunan ini , telah diadakan pada tanggal 28hb Feb 2009. Rata-rata 300 pelajar dari kumpulan ko-kurikular Kesenian telah mengambil bahagian dalam acra gilang-gemilang ini. Buat julung-julung kalinya, para guru telah diminta untuk mempersembahkan salah satu acara. Bayangkan gamatnya seisi Teater Victoria dengan ragam guru yang pelbagai memainkan dram, gendang sambil menari mengikut (ada juga yang tak ikut.. haha!) rentak. Seronok para penonton yang ramainya terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah Siglap menyaksikan acara-acara yang disajikan. Antara yang menarik, koir telah menyanyikan sebuah lagu yang berjudul 'Dancing Queen'. Kumpulan itu telah menari mengikut rentak lagu itu sambil menyanyi. Penyanyi solo lagu itu, Wan Mahsuri, telah mendendangkan serangkap lagu itu dengan baik sekali. Syabas, Wan! Begitu juga dengan tarian Fusion yang ditarikan oleh bekas pelajar Siglap yang tidak jemu-jemu untuk kembali ke sekolah untuk menggembleng tenaga demi menjayakan CLV ke-lima ini. Saksikan gambar-gambar di bawah ini....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home