My Photo
Name:
Location: Singapore, Singapore

Thursday, July 26, 2007

Khas untuk Murid2 3 Ekspresku Sayang.....

Hari ini, seperti yang telah dibincangkan dalam kelas dengan tuntasnya, mengenai isu HOTA atau pendermaan organ, anda semua diminta menuliskan satu entri mengenai isu tersebut. Anda juga boleh gunakan senarai soalan di sini untuk membantu anda. Tapi, kalau ada apa2 yang perlu diketengahkan, dipersilakan. Yang penting, saya ingin melihat dan membaca pendapat anda ttg perkara ini.

Pendermaan organ. Mahukah anda menjadi seorang pengikrar?

Apakah pendapat anda ttg fatwa MUIS yang membenarkan orang Islam Singapura mengikrarkan organ mereka?

Patutkah orang Islam diletakkan dalam sistem HOTA skrg?

Apakah sebenarnya yang menghambat orang Islam Singapura dari menderma/mengikrar organ mereka?

Sekiranya anda mempunyai seorang saudara Islam yang memerlukan pemindahan organ, mahukah anda mendermakan organ anda?

Pastinya anda sudah bertanyakan ttg ikrar organ kepada kedua orang tua anda. Apakah pandangan mereka ttg isu ini?

Setelah perbincangan dengan guru dan teman2, kini, mahukah anda mendermakan organ anda? Jika ya/tidak, kenapa?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home