remajaidaman

My Photo
Name:
Location: Singapore, Singapore

Friday, March 23, 2007

Program Pengayaan Bulan Mac '07



Pada tanggal 12hb Mac, Sekolah Menengah Siglap telah mengundang Cikgu Naim Daipi untuk menjalankan program tersebut. Seramai 158 pelajar dari menengah 4E/4NO/5N telah menghadirinya.

Cikgu Naim telah berkongsi pengalaman beliau dalam penulisan kreatif dan tips2 untuk menulis karangan naratif dalam peperiksaan. Program selama sehari itu telah banyak dimuatkan dengan aktiviti2 penggunaan bahasa bukan sahaja dalam bidang penulisan, malah dalam bidang pertuturan juga. Murid diminta tampil ke hadapan untuk memberikan pandangan mereka ttg sesuatu topik.

Ternyata pelajar2 Siglap telah memanfaatkan masa mereka dari jam 8 pagi sehingga 4 petang. Pada mulanya, ada yang rasa jengkel dengan had waktu yang begitu panjang. Lagi pula dibuat dalam cuti sekolah. Namun, apabila diamati borang penilaian mereka, nampaknya pelajar2 kami mengakui yang mereka dapat meraih banyak panduan peperiksaan dan ada yang terangsang untuk menghasilkan novel!!

Syabas Cikgu ucapkan. Semoga usaha2 kecil ini akan memberi ruang pada pelajar untuk terus melestarikan penggunaan Bahasa Melayu.

Jutaan terima kasih pada Cikgu Naim Daipi kerana telah banyak membantu para guru di Siglap dengan kata rangsangan dan panduan2 yang bernas. Budi Cikgu tidak dapat kami balas.

"Bengkel ini akan menolong saya membuat krgn saya dengan lebih berfokus dan mudah kerana Cikgu Naim telah mengajar beberapa cara untuk memperbaiki krgn saya. Saya harap bengkel ini akan diadakan lagi." -Faiz Zubair (4N2)

"Saya rasa bertuah sekali dengan kehadiran Master Teacher, Cikgu Naim. Saya rasa lebih yakin untuk menulis" - Yazid (4E2)

"Bengkel ini sungguh meriah kerana Cikgu Naim pandai buat kelakar. Pada mulanya, saya khuatir saya akan tertidur. Tapi ternyata, tidak!!" - Nasri (4N3)

"Tidak seteruk dan sebosan seperti yang saya bayangkan. Saya suka dengan cerita2 Cikgu Naim kerana ia berjaya menangkap perhatian kami yang hampir hendak terlena"
- Iskandar Shah (4N3)

"Saya sedar kini bahawa pelbagai cara boleh digunakan untuk menarik perhatian pembaca. Slaid2 yang digunakan juga amat berguna" - Arif Alias (4E3)

"Saya syorkan bengkel ini diadakan lagi seminggu sebelum peperiksaan O"
- Firdhaus (5N2)