remajaidaman

My Photo
Name:
Location: Singapore, Singapore

Sunday, May 06, 2007

GEMA TIMUR '07

Pada tanggal 14hb April 2007, sekolah kelompok E3 telah menganjurkan satu peraduan puisi untuk murid2 sekolah menengah E3. Sekolah-sekolah dalam kelompok yang sama ialah Sek Men Siglap, Sek Men Dunman, Sek Men Junyuan, Sek Men East Spring dan Sek Men Springfiled.

Peraduan ini ada 3 kategori - Penulisan Sajak, Sajak Maya dan Pendeklamasian Sajak. Sukacita saya umumkan bahawa Sek Men Siglap telah menggondol 3 buah hadiah utama. Pelajar dari menengah 4N3, Anja Asmara, telah merebut hadiah ketiga dalam penulisan sajak. Sebanyak 30 orang peserta telah bertanding dalam kategori ini. Maka, kemenangan Anja adalah sesuatu yang dapat dibanggakan.

Dalam peraduan mendeklamasi sajak pula, Sek Men Siglap telah merebut 2 hadiah utama. Sharifah Humairah dari menengah 3E3, telah mendapat hadiah Naib Johan sementara kawan karibnya, Rauhdah telah mendapat tempat pertama, iaitu, Johan keseluruhan. Syabas diucapkan pada dua sahabat ini yang telah mengharumkan nama sekolah!

Jutaan terima kasih juga kepada para penyokong dari menengah 3 ekpres yang telah datang berduyun-duyun ramainya untuk memberikan sokongan padu. Begitu juga pada abang-abang kacak (hensem!) dari menengah 4N - Faiz Imran, Md Nasri dan Andy Ali kerana telah sudi menyerikan majlis dengan acara selingan. Mereka bertiga ini berakustik dan mendendangkan lagu 'Bukan Kerana Nama'. Bakat anda bertiga memang menyerlah.

Syabas kepada pelajar-pelajar ini. Semoga sekolah kita akan terus-menerus memenangi peraduan-peraduan seperti ini.