remajaidaman

My Photo
Name:
Location: Singapore, Singapore

Thursday, July 26, 2007

Cikgu Lat Pergi Melawat Kwn2 Anda di Tmn Haiwan!!

Setelah puas saya mengajar sahabat2 kepada mergastua di Sek Men Siglap, hari ini, saya akan ke Taman Haiwan Mandai pula(sebab nak tengok yang asli). Jadi, saya telah mengamanahkan Cikgu Rugiah (yang cute2, yang manis2, yang comel-loteh) untuk membawa anda ke makmal ini atas tujuan memasukkan satu lagi entri dalam blog anda. Sila teliti soalan di bawah ini dan tuliskan pendapat anda dalam 200 perkataan. Lebih tak apa - jangan kurang!! :)

Boy Zip (Razeef)! Awak hutang saya satu blog baru dan 3 entri(termasuk yang ini). Jgn eksyen tak tahu ah!!

Soalan hari ini : -

Budi pekerti yang baik itu lebih penting daripada paras rupa yang elok. Setujukah anda dengan pendapat ini? Jika tidak/ya, mengapa?

Selamat bertugas!!

Khas untuk Murid2 3 Ekspresku Sayang.....

Hari ini, seperti yang telah dibincangkan dalam kelas dengan tuntasnya, mengenai isu HOTA atau pendermaan organ, anda semua diminta menuliskan satu entri mengenai isu tersebut. Anda juga boleh gunakan senarai soalan di sini untuk membantu anda. Tapi, kalau ada apa2 yang perlu diketengahkan, dipersilakan. Yang penting, saya ingin melihat dan membaca pendapat anda ttg perkara ini.

Pendermaan organ. Mahukah anda menjadi seorang pengikrar?

Apakah pendapat anda ttg fatwa MUIS yang membenarkan orang Islam Singapura mengikrarkan organ mereka?

Patutkah orang Islam diletakkan dalam sistem HOTA skrg?

Apakah sebenarnya yang menghambat orang Islam Singapura dari menderma/mengikrar organ mereka?

Sekiranya anda mempunyai seorang saudara Islam yang memerlukan pemindahan organ, mahukah anda mendermakan organ anda?

Pastinya anda sudah bertanyakan ttg ikrar organ kepada kedua orang tua anda. Apakah pandangan mereka ttg isu ini?

Setelah perbincangan dengan guru dan teman2, kini, mahukah anda mendermakan organ anda? Jika ya/tidak, kenapa?