remajaidaman

My Photo
Name:
Location: Singapore, Singapore

Monday, March 16, 2009

Siglap Cross Country 2009


Pada tanggal 13hb Mac 2009, Sekolah Menengah Siglap telah mengadakan acara Berlari Rentas Desa (Cross-Country). Acara itu diadakan di Taman Pasir Ris, dekat dengan tempat meletak kereta A. Setelah lebih kurang 5 tahun Siglap tidak mengadakan acara itu, akhirnya, pada tahun ini, ia dikembalikan semula atas permintaan ramai. Sungguh seronok melihat para pelajar berlumba-lumba berlari untuk mendapatkan pingat untuk kelas masing-masing. Para guru juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian. Antara yang berani untuk turun padang ialah Cikgu Abidah, Puan Zubaidah, Encik Ves Chee dan Encik Encik Yam. Mereka begitu bersemangat dan masing-masing pulang dengan membawa pingat yang begitu bermakna.



Apa yang dapat diperhatikan juga, kebanyakan pemenang (top 10) dari kategori pelajar lelaki digondol oleh pemain bola sepak Siglap. Untuk pelaja perempuan pula, Nurin dari kelas 4N2 telah merebut pingat Johan. Kelakonannya amat membanggakan..Syabas kepada semua!!







Sunday, March 01, 2009

CEST LA VIE 2009

Cest La Vie, acara dwi- tahunan ini , telah diadakan pada tanggal 28hb Feb 2009. Rata-rata 300 pelajar dari kumpulan ko-kurikular Kesenian telah mengambil bahagian dalam acra gilang-gemilang ini. Buat julung-julung kalinya, para guru telah diminta untuk mempersembahkan salah satu acara. Bayangkan gamatnya seisi Teater Victoria dengan ragam guru yang pelbagai memainkan dram, gendang sambil menari mengikut (ada juga yang tak ikut.. haha!) rentak. Seronok para penonton yang ramainya terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah Siglap menyaksikan acara-acara yang disajikan. Antara yang menarik, koir telah menyanyikan sebuah lagu yang berjudul 'Dancing Queen'. Kumpulan itu telah menari mengikut rentak lagu itu sambil menyanyi. Penyanyi solo lagu itu, Wan Mahsuri, telah mendendangkan serangkap lagu itu dengan baik sekali. Syabas, Wan! Begitu juga dengan tarian Fusion yang ditarikan oleh bekas pelajar Siglap yang tidak jemu-jemu untuk kembali ke sekolah untuk menggembleng tenaga demi menjayakan CLV ke-lima ini. Saksikan gambar-gambar di bawah ini....